LONDON: Sekurang-kurangnya empat cedera parah dalam kejadian letupan dan sebuah bangunan runtuh di Leicester, tengah ibu kota England semalam.
"Satu kejadian besar berlaku. Semua perkhidmatan kecemasan kini sedang mengendalikan kejadian itu," kata polis menerusi Twitter.
Polis menasihatkan orang ramai supaya menjauhi lokasi kejadian dan memaklumkan penutupan laluan.
Pasukan Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan sejurus selepas jam 7.00 malam waktu tempatan daripada orang awam yang melaporkan letupan dan sebuah bangunan terbakar.
Jurucakapnya berkata sebanyak enam jentera bomba dihantar ke tempat kejadian.
"Kami dalam perjalanan apabila polis menghubungi untuk memberitahu sebuah bangunan runtuh," katanya.
Unit khas mencari dan menyelamat kemudian dihantar, termasuk anjing pengesan.
"Kami tiada petunjuk punca kejadian buat masa ini," katanya.
Perkhidmatan ambulans berkata, empat dibawa ke hospital susulan kejadian itu. - AFP
Sumber : https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2018/02/392948/4-cedera-dalam-letupan-bangunan-runtuh